Sunday 12 December 2010

Bowling Perkep PJ VS Puspanita BHEUU Putrajaya

Pertandingan ini diadakan pada Nov 2010 untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli kedua-dua persatuan.
bertukar-tukar cenderahati


Gambar kenangan KPD PJ dan Timbalan KPD PJ bersama Team Pengerusi Perkep PJ

Posing b4 the game..


Penyampaian hadiah kepada pemenang

Jamuan sebelum berpisah

Wednesday 8 September 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KUEH HARI RAYA DARIPADA BIRO PEMBANGUNAN WANITA PARLIMEN PETALING JAYA KEPADA POLIS PJ


Majlis penyampaian kueh hari raya oleh Biro Pembangunan Wanta Parlimen Petaling Jaya telah diadakan pada 6 September 2010 di Balai Polis Petaling Utama. Biro Pembangunan Wanita Parlimen Petaling Jaya diwakili oleh Pengerusinya Pn. Monaliza Hamzah sementara Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan isteri menerima sumbangan bagi pihak pegawai dan anggota Polis Petaling Jaya. Majlis seumpama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.
Pn. Monaliza Hamzah sedang berbual mesra dengan Pn. Baidzura Busu, Pengerusi PERKEP IPD PJ
Pn. Monaliza sedang menyampaikan sepatah kata bagi menghargai jasa pegawai dan anggota yang bertugas di musim perayaan ini.
KPD PJ, Tuan Arjunaidi Mohamad mengucapkan terima kasih atas kesudian Biro Pembangunan Parlimen Petaling Jaya menyumbangkan kueh raya sebagai simbolik menghargai pengorbanan Pasukan Polis
"Terima Kasih Daun Keladi.... Kalau Sudi Tahun Depan Datang lah Lagi"
Gambar kenangan Biro Pembangunan Wanita Parlimen Petaling Jaya bersama pegawai-pegawai Polis IPD PJ dan ahli-ahli PERKEP PJ.

Friday 20 August 2010

Majlis Berbuka Puasa IPD Petaling Jaya

Pn. Baidzura Busu, Pengerusi PERKEP IPD PJ, menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim

Tuan KPD PJ sempat beramah mesra dengan anak-anak yatim yang hadir di Majlis Berbuaka Puasa IPD PJ

Ustaz Muaz menghiburkan hadirin
Menunggu waktu berbuka ...
AJK PERKEP yang turut bertungkus lumus menjayakan Majlis. Terima Kasih atas sumbangan anda.

Wednesday 11 August 2010

Pertandingan Boling Piala KPD


Mariah sungguh Pertandingan Boling Piala KPD yang berlangsung pada 7hb Ogos 2010 lalu. Banyak pasukan yang mengambil bahagian. Ada Pasukan Kuning, Pasukan Merah, Pasukan Hijau, Pasukan Pink, Pasukan Biru, Pasukan Meron dan banyak lagi...

tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah jangan putus asa cuba lagi tahun
Percubaan pertama.. Tuan Kasut..????
Pasukan KPD sedang berehat

Pasukan Perkep dan Pasukan Kuning... sebelum start posing dulu..
Puan Sue bersama Pasukan Merahnya tengah posing.. menang tu...
Macam kenal je... orang kuat Perkep rupanya..
Tahniah....
Sebelum bersurai mari kita menjamu selera.. Pn Baidzura (Pengerusi Perkep PJ) dan Pn Norhayati  (Pengerusi Perkep Seri Kembangan) sedang asyik menjamu selera bersama isteri-isteri OCS
Aya... boss... jangan susah hati tahun depan mesti menang punya..

Monday 2 August 2010

Majlis Perpisahan Perkep IPD PJ


Selamat Datang..
Malam Perpisahan Timbalan Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Kelab Bandar Utama, Kota Damansara Petaling Jaya. Malam yang dinamakan Malam Sekalung Budi itu khusus diadakan bagi meraikan Timbalan pengerusi Perkep I, Pn. Rohaya Abdullah yang akan bertukar mengikut suami ke IPD Klang Utara dan Timbalan Pengerusi Perkep II, Pn. Norhayati Mohammad yang akan bertukar ke IPD Seri Kembangan.

Sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua Timbalan Pengerusi Perkep tersebut, setiap Balai dan Bahagian di IPD Petaling Jaya telah mengadakan persembahan bagi memariahkan majlis dan menghiburkan tetamu yang diraikan. Pada majlis itu juga Pn. Baidzura Binti Busu, Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua timbalan beliau sebagai tanda menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kedua-dua serikandi tersebut semasa berada di IPD Petaling Jaya khususnya dalam menjayakan program-program Perkep .


Menjamu selera. " Menyelerakan hidangan malam ni ye.."

Pn. Baidzura, Pengerusi Perkep IPD PJ mengalunkan suaranya yang merdu
Pn. Norhayati bersama Pn. Baidzura dan "Mama Rock" medendagkan lagu pilihan mereka, feeling habis..

Kerusi Muzik..??? Siapa yang menang ni..??



A Go Go
ulik mayang oleh perkep

Patah tak tumbuh lagi.. hilang belum berganti.. kau lagenda.. (ehh.. blog master kat mana??)

Thursday 8 July 2010

Bengkel Jahitan Manik Tahap I

Bengkel Jahitan Manik bagi ahli-ahli Perkep IPD petaling Jaya telah diadakan pada 7hb Julai 2010 di Rumah Perkep IPD Petaling Jaya. Seramai 23 orang ahli Perkep IPD Petaling Jaya telah menyertai bengkel ini yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Ampang. Kemahiran yang diperlajari oleh ahli-ahli yang menyertai  bengkel ini diharap akan dapat menjimatkan perbelanjaan dalam tempahan jahitan manik disamping boleh menjana pendapatan sampingan.

Bengkel Tahap II akan diadakan dalam waktu terdekat. Kepada ahli-ahli yang berminat jangan lepaskan peluang keemasan ini.





Tuesday 15 June 2010

Bengkel Smart Solat


Bengkel Smart Solat anjuran Biro Pendidikan Perkep IPD Petaling Jaya telah diadakan pada 14 Jun 2010 di Surau An-Nur IPD Petaling Jaya. Seramai 65 orang anak-anak warga IPD Petaling Jaya telah menyertai
bengkel ini yang dipandu sepenuhnya oleh pegawai-pegawai dari Cawangan BAKA IPD Petaling Jaya.

ACP Hj. Arjunaidi Bin Mohammed telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Beliau berpendapat bengkel ini amat berfaedah kepada anak-anak warga IPD petaling Jaya dan berharap bengkel ini akan diadakan pada setiap cuti penggal persekolahan bagi mengisi masa lapang anak-anak warga IPD petaling Jaya dengan kegiatan yang berfaedah.