Monday 2 August 2010

Majlis Perpisahan Perkep IPD PJ


Selamat Datang..
Malam Perpisahan Timbalan Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Kelab Bandar Utama, Kota Damansara Petaling Jaya. Malam yang dinamakan Malam Sekalung Budi itu khusus diadakan bagi meraikan Timbalan pengerusi Perkep I, Pn. Rohaya Abdullah yang akan bertukar mengikut suami ke IPD Klang Utara dan Timbalan Pengerusi Perkep II, Pn. Norhayati Mohammad yang akan bertukar ke IPD Seri Kembangan.

Sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua Timbalan Pengerusi Perkep tersebut, setiap Balai dan Bahagian di IPD Petaling Jaya telah mengadakan persembahan bagi memariahkan majlis dan menghiburkan tetamu yang diraikan. Pada majlis itu juga Pn. Baidzura Binti Busu, Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua timbalan beliau sebagai tanda menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kedua-dua serikandi tersebut semasa berada di IPD Petaling Jaya khususnya dalam menjayakan program-program Perkep .


Menjamu selera. " Menyelerakan hidangan malam ni ye.."

Pn. Baidzura, Pengerusi Perkep IPD PJ mengalunkan suaranya yang merdu
Pn. Norhayati bersama Pn. Baidzura dan "Mama Rock" medendagkan lagu pilihan mereka, feeling habis..

Kerusi Muzik..??? Siapa yang menang ni..??



A Go Go
ulik mayang oleh perkep

Patah tak tumbuh lagi.. hilang belum berganti.. kau lagenda.. (ehh.. blog master kat mana??)

No comments:

Post a Comment