Friday 20 August 2010

Majlis Berbuka Puasa IPD Petaling Jaya

Pn. Baidzura Busu, Pengerusi PERKEP IPD PJ, menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim

Tuan KPD PJ sempat beramah mesra dengan anak-anak yatim yang hadir di Majlis Berbuaka Puasa IPD PJ

Ustaz Muaz menghiburkan hadirin
Menunggu waktu berbuka ...
AJK PERKEP yang turut bertungkus lumus menjayakan Majlis. Terima Kasih atas sumbangan anda.

Wednesday 11 August 2010

Pertandingan Boling Piala KPD


Mariah sungguh Pertandingan Boling Piala KPD yang berlangsung pada 7hb Ogos 2010 lalu. Banyak pasukan yang mengambil bahagian. Ada Pasukan Kuning, Pasukan Merah, Pasukan Hijau, Pasukan Pink, Pasukan Biru, Pasukan Meron dan banyak lagi...

tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah jangan putus asa cuba lagi tahun
Percubaan pertama.. Tuan Kasut..????
Pasukan KPD sedang berehat

Pasukan Perkep dan Pasukan Kuning... sebelum start posing dulu..
Puan Sue bersama Pasukan Merahnya tengah posing.. menang tu...
Macam kenal je... orang kuat Perkep rupanya..
Tahniah....
Sebelum bersurai mari kita menjamu selera.. Pn Baidzura (Pengerusi Perkep PJ) dan Pn Norhayati  (Pengerusi Perkep Seri Kembangan) sedang asyik menjamu selera bersama isteri-isteri OCS
Aya... boss... jangan susah hati tahun depan mesti menang punya..

Monday 2 August 2010

Majlis Perpisahan Perkep IPD PJ


Selamat Datang..
Malam Perpisahan Timbalan Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah diadakan pada 31 Julai 2010 bertempat di Kelab Bandar Utama, Kota Damansara Petaling Jaya. Malam yang dinamakan Malam Sekalung Budi itu khusus diadakan bagi meraikan Timbalan pengerusi Perkep I, Pn. Rohaya Abdullah yang akan bertukar mengikut suami ke IPD Klang Utara dan Timbalan Pengerusi Perkep II, Pn. Norhayati Mohammad yang akan bertukar ke IPD Seri Kembangan.

Sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua Timbalan Pengerusi Perkep tersebut, setiap Balai dan Bahagian di IPD Petaling Jaya telah mengadakan persembahan bagi memariahkan majlis dan menghiburkan tetamu yang diraikan. Pada majlis itu juga Pn. Baidzura Binti Busu, Pengerusi Perkep IPD Petaling Jaya telah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua timbalan beliau sebagai tanda menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kedua-dua serikandi tersebut semasa berada di IPD Petaling Jaya khususnya dalam menjayakan program-program Perkep .


Menjamu selera. " Menyelerakan hidangan malam ni ye.."

Pn. Baidzura, Pengerusi Perkep IPD PJ mengalunkan suaranya yang merdu
Pn. Norhayati bersama Pn. Baidzura dan "Mama Rock" medendagkan lagu pilihan mereka, feeling habis..

Kerusi Muzik..??? Siapa yang menang ni..??



A Go Go
ulik mayang oleh perkep

Patah tak tumbuh lagi.. hilang belum berganti.. kau lagenda.. (ehh.. blog master kat mana??)